Korang ada penyakit Asma @ Lelah tak??? iz Harap korang sehat la kan..
Sebab iz ada ramai kawan yang ada ASMA/LELAH/ALAHAN & seangkatan dengannya.
Sekse hidup ooow...
Iz tak boleh nak bayangkan kawan2 yang kena asma. Terseksa sebab dorang akan mengalami keradangan dinding laluan udara, then bronkiol dalam paru-paru jadi sempit. Pernafasan dorang boley jadi macam bersiul, sesak nafas paling sekse aku rasa. Member iz penah pengsan la sebab asma nie.
Itu Serba Sedikit Pasal Asma Lah. Tapi entry nie iz label dalam DIALOG KOTA RAYA, so ini pengalaman iz handle SUAMI yang ISTERINYA ada penyakit ASMA & baru KAWEN 3 Minggu. Enjoy...
Character : iz & En. Iqbal (Bukan Nama Sebenar) he2..
Situasi : Setelah menerangkan tentang produk nie, iz tanya samada dye setuju untuk mendaftar.
En. Iqbal kemudian setuju dan langkah ke-2 iz tanya SOALAN KESIHATAN.
iz : ok En Iqbal, ada 4 soalan kesihatan, sila jawab dengan jujur & iz nak mintak maaf terlebeh dulu la sebab soalan ini agak sensitif sket.
En Iqbal : ha3..tak pe tak pe, saya faham. ha apa die???
So En Iqbal Jawab la sume 4 soalan tue & lulus. Antara soalannya secara ringkas :
1. Penah tak beli insuran tapi kena tolak....??? ~ En Izbal jawab Tidak
2. En nie cacat ke perfect giler.... ??? he2...~ ehh..saya perfect giler..
3. Penah Terima rawatan penyakit kritikal di hospital..?? ooouhh..mintak jauh, tidak jawabnya
4. Ada tak join sukan lasak ~ tidak .
iz : ok, bagus, tahniah En lulus 4 soalan ini. So bagi pihak isteri saya nak tanya la En. Dye ada join tak sukan lasak...
En Iqbal dengan bangganya menjawab : EH MANA ADA, DIA TAK BOLEH SEBAB ADA ASMA!!!
ha3...kecewa iz. tapi masih boleh diselamatkan.
iz : Isteri ada guna Inhealer ke En???
En Iqbal : Hmmm..Ada tue memang ada lah...tapi bila dia aktif jelah..
Sah la aku kecewa sebab dorang tak boleh daftar...ha3...
Tapi oleh kerana dia ok iz layan jela..
iz : ooo..So Bile LAST isteri guna inhealer En Iqbal???
En Iqbal : Hmm...ooo..malam tadi la...!!!
iz yang tengah blur2 kesan ubat relexing yang doktor bagi dengan bersahaja berkata..
OOOooo.. Kira En dengan Isteri AKTIF la malam Tadi yer??? Ha3...
En Iqbal : Huh??? Ha3... Alamak, iz, awak nie kantoikan saya la pulak, saya Loud Speker neh, Isteri saya dah tersipu-sipu neh. Ha3....Eh nie ada rakaman ye..Eh..PADAM..PADAM..ha3...
Nasib baek En Iqbal ok & sporting...ha3...
Kat sini iz nak kongsi la Ubat Asma untuk Isteri En Iqbal.. Ha3..
Kaedah rawatan penyakit asma adalah dengan menggabungkan beberapa doa iaitu
1- Surah Al- Fatihah
2- Selawat Syifa' dan
3- Dengan membaca doa berikut sebanyak tujuh (7) kali
Sekian :p
2 comments:
teruk asma isteri encik iqbal tu kan..kesian..
Ha3...yup..susah la laki dye...ha3..
Post a Comment